Sunday, July 18, 2010

Prinsip 90-10

prinsip ape ni?
mksudnye...
10% drpd ape yg brlaku tak dapat diubah
mnekala 90% lagi boleh diubah
ape maksudnye?...
kte tgok situasi kat bawah...

Situasi 1:
sewaktu sarapan pagi...
"abang! adik! jangan lari2!" tegur seorang ayah. tiba-tiba, kopi yg baru nak diminum tumpah atas baju si ayah tu dek tangannya terlanggar budak kecik tu..
lalu.. kene marah lar dua orang budak kecik tu.. si isteri sekali kene marah.. "tu la awak! tak reti ajar anak agaknye!"  bila bas sekolah datang, tak nak keluar pulak budak-budak ni, nak tunjuk protes punye pasal. si ayah tadi terpaksa tukar baju n hantar dua orang budak kecik tadi pergi sekolah.. nak laju punya pasal, tetiba kena tahan polis! ade speed trap! alamak!! argh! sampai sekolah... "cepat abang! adik! cepat turun! ayah dah lambat!".. sesampainya di pejabat... alamak!!! beg tertinggal kat rumah! kat meja tadi!
balik aje dari pejabat dah malam.. perut lapar.. atas meja kosong! takde makanan! isteri merajuk! aduhai...

Situasi 2:
sewaktu sarapan pagi...
"abang! adik! jangan lari2!" tegur seorang ayah. tiba-tiba, kopi yg baru nak diminum tumpah atas baju si ayah tu dek tangannya terlanggar budak kecik tu..
cawan diletakkan perlahan-lahan di atas meja sambil menahan geram..
"abang, adik, minum susu tu cepat... lepas tu tunggu kat luar. tunggu bas datang yer..ayah nak naik atas sekejap.. nak tukar baju.. salam ayah cepat.." baju yg kotor ditukar.. anak-anak dah pergi sekolah..kopi dihabiskan.. beg dicapai.. salam dengan isteri.. kereta dipandu dengan cermat.. akhirnya sampai di pejabat dengan selamat.. semuanya berjalan dengan lancar seperti biasa.. balik rumah, dapat layanan isteri seperti biasa..

dalam 2 situasi ni..
10% yg tak dapat diubah ialah kopi tumpah atas baju.. tindakan sang ayah selepas itulah 90% yg boleh diubah... kesimpulannya fikir-fikirkanlah tindakan apa yg patut diambil apabila berlaku sesuatu agar tidak berlaku kekalutan kemudiannya...

No comments:

Post a Comment